Skip to main content

Paralimpik

Paralimpik Tokyo 2020: Wei Lun hampir kejutkan juara dunia sebelum raih perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

weilun.jpg
Malaysia meraih pingat perak ketiga buat negara melalui atlet boccia negara, Chew Wei Lun, selepas tewas kepada atlet Great Britain, David Smith, 4-2.

Wei Lun menyumbang pingat itu menerusi acara individu BC1 dalam temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Sebelum melangkah ke aksi final, Wei Lun mencipta kejutan demi kejutan dan dalam separuh akhir, dia mengetepikan Andres Ramos 9-4 dalam pertemuan separuh akhir yang menyaksikan lawan dari Portugal itu sempat mengikat kedudukan apabila mengakhiri end 4 dengan 4-0.

Wei Lun mendahului 2-0 terlebih dahulu sebelum Smith membuktikan pengalamannya selaku juara dunia bangkit sebelum menang 4-2.

 

Jose Carlos Chagas de Oliviera melengkapkan podium selaku pemenang pingat gangsa.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video