Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Iran tinggalkan nota panjang di bilik persalinan selepas tamat aksi

Iran

Bukan niat untuk memerli tetapi ikhlas dari hati.

Selepas mencatatkan keputusan seri kedua berdepan Belgium awal pagi tadi, Iran meninggalkan satu mesej atas papan putih di bilik persalinan Stadium SoFi bagi mengucapkan terima kasih kepada Los Angeles (LA) atas layanan yang diberikan sepanjang Piala Dunia 2026.

LA menjadi tuan rumah kepada kedua-dua perlawanan Iran dalam Kumpulan G dengan pasukan itu kembali ke pusat latihan mereka di Tijuana, Mexico berikutan tiada kebenaran untuk tinggal di Amerika Syarikat (AS).

Umum mengetahui gergasi Asia itu terpaksa berulang alik dan menempuh perjalanan panjang menghadapi aksi kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Pihak berkuasa AS sebelum ini menyatakan bahawa pengaturan perjalanan skuad Iran akan terus dinilai, manakala perbincangan mengenai pelonggaran beberapa sekatan masih berlangsung.

"Dari Parsi purba ribuan tahun dahulu hingga ke Iran yang bertamadun hari ini, semangat Iran kekal hidup dan teguh," menurut nota tulisan tangan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Iran.

"Terima kasih kepada LA atas layanan anda. Kami datang ke ke sini dengan kebanggaan, bersaing dengan penuh kehormatan dan meninggalkan bandar ini dengan maruah."

Jurulatih Iran, Amir Ghalenoei, konsisten mengkritik sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas pasukannya dengan menyatakan bahawa Iran terpaksa menghadapi cabaran yang tidak dialami oleh mana-mana pasukan lain dalam kejohanan itu.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video