Skip to main content

Bola Sepak

Viral: Jairo Da Silva keluar JDT?

Jairo

Tular mengenai status pemain kelahiran Brazil, Jairo Da Silva, yang berpotensi meninggalkan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang Liga Malaysia (Liga-M) musim 2026/27.

Malah, kemas kini transfermarkt juga menyaksikan kontrak penyerang import itu bersama Harimau Selatan sudah berakhir pada bulan lalu.

Khabar angin mengatakan Jairo dfahamkan bakal bergabung semula dengan bekas majikannya iaitu Pafos dalam Liga Cyprus.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak termasuk Pafos mahupun juara Liga Super itu sendiri. Jairo turut belum memuat naik sebarang pengesahan berkenaan laporan tersebut.

Sepanjang bersama skuad kendalian Xisco Munoz, tonggak berusia 34 tahun itu merekodkan 17 jaringan dalam 41 penampilan dalam musim pertamanya.

Bersama JDT, Jairo meraih empat kejuaraan domestik termasuk Piala Malaysia selain membantu mengekalkan dominasi Liga Super 12 kali berturut-turut. 

Sebelum ini, seorang lagi pemain, Heberty Fernandes, sah meninggalkan JDT dan tidak melanjutkan perjanjian bersama pasukan itu. 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video