Skip to main content

Sukan

(Terkini) Moto3: Hakim Danish sekali lagi 'hilang' selepas juarai GP Czechia

HD lari

Hakim Danish muncul pelumba pertama Malaysia pertama menjuarai satu perlumbaan Moto3 sejak 2016 apabila menawan Litar Brno dalam Grand Prix Czechia sebentar tadi.

Kali terakhir pelumba negara memanjat podium utama Moto3 ialah ketika Khairul Idham Pawi menguasai GP Jerman pada 2016.

Hakim Danish sepatutnya bermula di petak kedua selepas turut memecahkan rekod terpantas sepusingan sepanjang zaman di Litar Brno sebanyak dua kali dalam sesi latihan bebas.

Bagaimanapun, dia dikenakan penalti 12 petak gara-gara dakwaan menunggang terlalu perlahan dalam sesi kelayakan.

Namun, ia bukan alasan untuk patah semangat. Hakim Danish mempamerkan tunggangan berani dan berkualiti tinggi sejak dari awal perlumbaan untuk menyertai kelompok depan bersama lima pelumba lain sebelum menduduki tangga pertama dalam lap terakhir.

Apa yang mencuri tumpuan lensa kamera antarabangsa ialah Hakim Danish sekali lagi 'hilang' sewaktu pemenang tempat kedua dan ketiga,  Brian Uriarte dan Maximo Quiles, memancurkan arak sebagai tanda keraian selepas lagu Negaraku berkumandang.

Dia juga pernah melakukan perkara sama ketika memenangi tempat ketiga GP Itali di Litar Mugello bulan lalu.

Tahniah Hakim Danish!

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video