Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Gergasi Asia pertama di ambang penyingkiran dalam aksi tertangguh lebih satu jam

Mbappe

Bukan lawan yang setaraf.

Iraq berkemungkinan mengucapkan selamat tinggal apabila mencatatkan kekalahan kedua dalam saingan Kumpulan I Piala Dunia 2026, sekali gus berpotensi menjadi gergasi Asia pertama tersingkir dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu sebentar tadi.

Singa Mesopotamia bakal menjadi pasukan seterusnya selepas Haiti, Turkiye dan Tunisia untuk melupakan hasrat ke pusingan seterusnya susulan gagal mengutip sebarang mata setakat ini.

Secara matematiknya, selepas mata terkumpul, perkiraan terkini menggunakan sistem head-to-head (H2H) diguna pakai, dengan perbezaan gol yang besar bakal memusnahkan harapan Iraq. Ini termasuk dengan kemenangan Norway ke atas naib juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), Senegal, akan mematikan impian Iraq. 

Semuanya tertumpu kepada aksi terakhir Iraq bertemu Senegal sambil melihat kumpulan lain bagi perebutan ke tempat ketiga terbaik. 

Juara edisi 2018, Perancis, mudah membenam lawan 3-0 hasil dua jaringan Kylian Mbappe dan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Ousmane Dembele.

Kedua-dua pasukan harus menunggu lebih dari satu jam untuk menyambung semula permainan babak kedua berikutan cuaca buruk melanda sekitar Philadelphia, Amerika Syarikat (AS).

Tonggak Real Madrid itu terus menjadi sandaran Les Blues merobek gawang Iraq dengan membuka tirai jaringan hasil hantaran Michael Olise pada separuh masa pertama.

Selepas memulakan semula perlawanan usai cuaca beransur pulih, skuad kendalian Didier Deschamps terus bernafsu untuk menggandakan kelebihan dengan Mbappe sekali lagi mengukir nama selaku penjaring kedua.

Dembele kemudiannya melengkapkan kemenangan kedua Perancis, sekali gus mengesahkan slot ke peringkat kalah mati. Ini merupakan gol pertamanya sejak beraksi dalam 13 perlawanan Piala Dunia sepanjang kariernya.

Anda mungkin berminat dengan

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video