Sejurus tamat perlawanan, media sosial kecoh dengan keputusan pengadil dan video bantuan pengadil (VAR) yang tidak menganugerahkan penalti kepada Ghana dalam perlawanan Kumpulan L menentang England di Stadium Boston pagi tadi.
Ulang tayang yang tular menyaksikan penyerang Ghana, Prince Kwabena Adu, didakwa dikasari oleh pertahanan Aston Villa, Ezri Konsa, dalam kotak penalti.
Pelanggaran tersebut menjejaskan peluang Adu untuk menjaringkan gol, dan The Three Lions tidak dihukum dengan kesilapan tersebut.
Peminat mempertikai keputusan pengadil kerana tidak menghadiahkan kelebihan buat The Black Stars.
🖥️💥 Prohibido usar el reglamento en el Inglaterra - Ghana.
👉🏻 Konsa se lanza contra la rodilla de Adu, impidiéndole rematar sin llegar al balón en ningún momento.
❌ 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗟𝗧𝗜 𝗖𝗟𝗔𝗥𝗢.
▪️ El Mundial, a rivel reglamentario, está siendo un auténtico despropósito. pic.twitter.com/XQaGC6NrY2— Archivo VAR (@ArchivoVAR) June 23, 2026
Skuad kendalian Thomas Tuchel itu gagal meraih tiga mata penuh meskipun menguasai hampir 78 peratus penguasaan bola apabila buntu mencari kemenangan kedua tatkal terikat tanpa jaringan dengan wakil Afrika itu.