Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan B, ACC Shopee Cup 2026/27 selepas menewaskan Cong An Ha Noi (CAHN) 3-1 di Stadium Hang Day, sebentar tadi.
Pasukan tuan rumah mendahului seawal minit ketiga permainan menerusi jaringan sendiri tonggak tengah JDT, Nene, untuk CAHN mendahului 1-0 dalam babak pertama.
Begitupun, anak buah Xisco Munoz kembali memperkemaskan corak permainan apabila menyamakan kedudukan menerusi Oscar Arribas lima minit selepas babak kedua bermula.
Pemain sayap lincah JDT, Marcos Guilherme menambah derita pasukan tuan rumah untuk jaringan kedua sebelum gol Arribas pada minit ke-85 mengesahkan kemenangan 3-0 JDT di tempat lawan.