Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Kelantan Warriors sekat hajat Johor Tigris ke suku akhir lebih awal

dd
Advertisement

Johor Tigris terpaksa akur tewas kepada Kelantan Warriors dalam saingan Grand Prix (GP) Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Kelantan Warriors membuka kempen mereka di GP Kuala Lumpur dengan mempertaruhkan Madlee Anda (tekong), Faisal Mohd Fuad (pengumpan) dan Nik Muhd Afiq (perejam).

Advertisement

Set pertama berjaya didominasi sepenuhnya Kelantan meskipun masih berjaga-jaga dengan ancaman yang dihadirkan pihak lawan.

Johor yang menurunkan Nontanant Chomchuen (tekong), Wazir Madi (perejam) dan Jefri Ahmad (pengumpan) cuba mengejar skuad Harimau Selatan itu tetapi percaturan mereka kurang menjadi dan dihukum 15-13.

Advertisement

 

 

 

 

Warriors tampil lebih garang di set kedua dan berjaya menjarakkan diri sebanyak lapan mata.

Jelas ada sesuatu yang tidak kena dengan Johor, pertukaran dilakukan untuk menurunkan Nattapong Kotchapaksri dan Muhammad Farez Nazrel.

Jurang besar berjaya dirapatkan, namun ia tidak cukup kerana kebangkitan sudah terlalu lewat dan Warriors menang 15-9 untuk mencerahkan peluang Kelantan mara ke suku akhir.

Dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Perak Bison menewaskan Bomba Fighters menerusi kemenangan straight set, 15-8, 15-5, dalam tempoh 36 minit.

Perak diwakili Amirul Zazwan (pengumpan), bersama Pornthep Tinbangbon (tekong) dan Nazrein Daniel (perejam) terus mengekalkan momentum selaku finalis GP Melaka sebelum ini selepas meraih kemenangan 2-0 itu.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video