Allianz Malaysia Berhad terus memperkukuh jalinan kerjasama dengan pengamal media tempatan menerusi penganjuran kejohanan tahunan Allianz Golf With Media yang berlangsung di Kelab Golf Kota Permai, Selangor, hari ini.
Kejohanan yang kini memasuki edisi kali ke-12 itu menghimpunkan seramai 77 peserta terdiri daripada pengamal media serta barisan pengurusan kanan dan kakitangan Allianz Malaysia dalam suasana penuh muhibah.
Kejohanan ini terus menjadi antara platform utama syarikat insurans tersebut bagi menghargai hubungan erat yang terjalin sekian lama bersama pihak media, di samping membuka ruang interaksi di luar bilik berita dan persekitaran korporat.
"Ini adalah momen pengiktirafan terhadap peranan media kepada masyarakat di Malaysia, kami menyukai acara ini kerana ia menjadi peluang untuk berkumpul, meluangkan masa dan mengadakan perbincangan, itu tujuan acara ini diadakan.
"Media memainkan peranan, kami menghargai bagaimana media membawa pengetahuan dan pandangan kepada masyarakat Malaysia. Kami amat menghormati peranan yang dimainkan media." katanya.