Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Sah! Gergasi Asia pertama tersingkir

Jordan

Jordan menjadi pasukan keempat tersingkir daripada Piala Dunia 2026 menyertai nasib malang Haiti, Turkiye dan Tunisia.

Naib juara Piala Asia 2023 itu menjadi pasukan pertama dari benua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan bola sepak paling berprestij itu selepas mengharungi dua perlawanan Kumpulan J.

Hasrat pasukan ranking ke-72 dunia untuk menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya tidak kesampaian apabila tewas kepada Algeria 1-2 semalam.

Terdahulu, Jordan mengalami kekalahan pertama kepada Austria dalam penampilan sulung.

Mereka akan berdepan misi mustahil untuk sekurang-kurangnya pulang dengan satu mata apabila bertemu juara bertahan, Argentina, bagi perlawanan terakhir Kumpulan J.

Untuk rekod, ini adalah penampilan sulung Jordan dalam sejarah penyertaan Piala Dunia. Mereka berjaya mendapatkan dua gol, namun gagal mencapai walau satu mata. 

Jordan meninggalkan set cendera mata, manisan dan sepucuk surat dalam bilik persalinan sebagai tanda terima kasih kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan pihak penganjur memberikan pengalaman terbaik sepanjang penampilan pertama mereka.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video