Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Naib juara Piala Asia 2023 kalah lagi, misi mustahil jumpa Argentina

Jordan

Angan-angan tidak kesampaian buat Jordan apabila tewas buat kali kedua dalam perlawanan Kumpulan J Piala Dunia 2026 di San Francisco, Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi.

Usai kalah kepada Austria, pasukan ranking ke-72 dunia sekali lagi terpaksa berputih mata kempunan sekurang-kurangnya meraih satu tatkala Algeria melakar kebangkitan untuk mencipta kemenangan.

Jordan terlebih dahulu berada di hadapan susulan rembatan Nizar Al-Rashdan dalam kotak penalti pada minit ke-36 memberikan jaringan pembukaan 1-0 sebelum tamat separuh masa pertama.

Lawan ke-28 dunia menanti sehingga minit ke-69 untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan Nadhir Benbouali hasil sepakan penjuru bekas bintang Manchester City, Riyad Mahrez.

Meskipun sering mengatur serangan balas, namun usaha gergasi Asia itu gagal membuahkan hasil untuk kembali mendahului.

Video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan jaringan kemenangan Amine Gouiri pada minit ke-82, sekali gus menggagalkan harapan Jordan untuk menghasilkan kejutan.

Untuk rekod, ini adalah kemenangan pertama Algeria dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu sejak 2014.

Naib juara Piala Asia 2023 itu akan berdepan misi mustahil apabila bertemu juara bertahan, Argentina, bagi menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

Must Watch Video