Skip to main content

Advertisement

Paralimpik

Paralimpik Tokyo 2020: Liek Hou langkah kanan

liekhoe.jpg
Pemain perseorangan lelaki (SU5) badminton negara, Cheah Liek Hou, langkah kanan menerusi kemenangan ke atas pemain Mesir, Ahmed Magdy Amin Eldakrory 21-2, 21-3 di Stadium Nasional Yoyogi.

Biarpun memulakan aksi dengan agak gemuruh, namun di pertengahan aksi Liek Hou lebih ampuh dalam setiap pukulan untuk menoktahkan kemenangan di peringkat kumpulan ini.

"Saya berjaya merakamkan kemenangan ke atas wakil Mesir dan berharap untuk memperbaiki lagi persembahan untuk perlawanan akan datang," kata Liek Hou.

Seorang lagi perseorangan lelaki kategori (SH6), Didin Taresoh, hadir ke Paralimpik Tokyo selaku atlet tertua mewakili kontinjen negara dan berada pada ranking terendah antara enam peserta yang mengambil bahagian.

Pun begitu, pemain yang lebih mesra disapa 'Cikgu Didin' mempertaruh pengalamannya untuk bersaingan dengan lawan yang jauh lebih muda daripada India, Krishna Nagar dan Brazil, Vitor Tavares esok.

Pemain berusia 46 tahun itu harus bijak mengatur langkah kerana beraksi dua kali dalam tempoh empat jam selain mahu mempraktikkan ilmu yang ditimba di bawah tunjuk ajar Datuk Rashid Sidek selama sebulan.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video