Terengganu mengadakan sesi pemilihan terbuka bagi mencungkil pemain terbaik -- dua bulan menjelang Kejohanan Netball Super League (NSL).
Ketua jurulatih, Siti Norfarhana Mustaf, abukan sahaja teruja malah terkejut dengan jumlah kehadiran yang mengambil bahagian dalam sesi pemilihan hari ini.
"Saya boleh bantu daripada segi taktikal berdasarkan pemain sedia ada ini.
"Saya harapkan mereka dapat curahkan ilmu yang telah diberikan ketika di atas gelanggang dan mencapai keputusan yang baik dalam penampilan pertama ini.
"Saya sangat berharap dapat membawa Terengganu ke tahap yang lebih tinggi," katanya di Institut Sukan Negara (ISN).
Turut hadir dalam sesi itu ialah atlet bola jaring kebangsaan, Noramirah Dayana, yang lama berehat daripada kancah bola jaring berikutan pembedahan buku lali tetapi kini sedia kembali dengan memperkuatkan Terengganu.
"Tahun lalu saya ambil peluang menjalani pemulihan, jadi pengacara dan belajar.
"Tahun ini saya kembali dengan pasukan baru kerana susah untuk meninggalkan sukan ini.
"Saya tiada masalah untuk mewakili mana-mana pasukan asalkan mereka memberikan komitmen," katanya pula.