Cristiano Ronaldo mencipta sejarah sebagai pemain pertama menjaringkan gol dalam enam edisi Piala Dunia.
Ia selepas penyerang berusia 41 tahun itu menghasilkan dua gol ketika Portugal mendahului Uzbekistan 3-0 dalam aksi kedua Kumpulan K, Piala Dunia 2026 di Stadium Houston sebentar tadi.
Sebagai rekod, Ronaldo menjaringkan gol dalam edisi 200, 2010, 2014, 2018, 2022 dan 2026.
Secara keseluruhan Ronaldo telah menjaringkan 10 gol dalam Piala Dunia.