Skip to main content

Badminton

Ee Wei: Ini satu lagi ujian luar jangkaan dalam kerjaya saya

ee wei.

Bintang beregu campuran negara, Toh Ee Wei, berlepas ke luar negara bagi menjalani rawatan kecederaan ACL di lutut kirinya, sambil mengimbau kembali siri kekecewaan seumpamanya yang pernah melanda kerjayanya.

"Pada 2018, saya terpaksa menjalani pembedahan akibat masalah resdung akut (acute sinusitis).

"Keadaan yang semakin memburuk selepas itu memaksa saya mengambil keputusan sukar untuk meninggalkan skuad kebangsaan.

"Pada 2020 pula, saya disahkan menghidap bone tuberculosis. Ia mengheret saya ke satu fasa yang amat panjang dan sukar, di mana saya terpaksa berehat daripada gelanggang selama 18 bulan demi menjalani rawatan dan pemulihan.

"Malah sehingga hari ini, saya masih berdepan masalah sakit belakang yang kronik impak daripada penyakit tersebut.

"Terbaharu pada Mei 2026, saya diuji pula dengan kecederaan ACL.

"Dengan siri kejohanan besar yang semakin hampir serta kitaran Sukan Olimpik yang berbaki kurang setahun, ini merupakan satu lagi cabaran atau mungkin ujian luar jangkaan dalam perjalanan kerjaya saya." luahnya.

Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu enggan meratapi nasibnya, sebaliknya bertekad untuk bekerja lebih keras demi bangkit daripada belenggu kecederaan ini.

Ee Wei dijadualkan menjalani pembedahan serta proses rehabilitasi di fasiliti luar negara dan dijangka menetap di sana selama beberapa minggu.

Susulan ketiadaan Ee Wei, Chen Tang Jie akan digandingkan buat sementara waktu bersama pemain remaja, Clarissa San.

Gandingan baharu itu telah didaftarkan untuk beraksi dalam Terbuka Jepun (14-19 Julai) dan dijangka meneruskan cabaran dalam Terbuka China seminggu kemudian.

Mereka layak bertanding dalam kejohanan bertaraf Super 750 dan Super 1000 itu bersandarkan kedudukan Tang Jie yang kini berada di ranking kelima dunia.

 

Anda mungkin berminat dengan

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video