Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam satu hantaran media sosial sebentar tadi mengirimkan sepotong video keadaan bilik persalinan pasukan Jordan selepas tewas 1-2 kepada Algeria pagi tadi.
Bilik persalinan itu kelihatan kemas, bersih dan tersusun rapi.
Mereka juga meninggalkan set cendera mata, manisan dan sepucuk surat tanda terima kasih kepada FIFA dan pihak penganjur memberikan pengalaman terbaik sepanjang penampilan pertama mereka.
Video:
Ultimate respect. 🤝
This is how @FIFAWorldCup debutants Jordan left their changing room after their match against Algeria 🥹🇯🇴 pic.twitter.com/CrvZeF02w2— FIFA (@FIFAcom) June 23, 2026