Perjalanan penuh warna warni menghiasi karier seorang gadis dari Lembah Klang berbakat besar yang tampak mendapat perhatian pasukan New York Dutch Lions (NYDL).
Selepas selesai sebulan menimba ilmu dalam saingan Liga Perdana Bolasepak Wanita (WPSL) di Amerika Syarikat bersama NYDL, pemain tengah Selangor, Marissa Aleya, yang cukup manis persis model antarabangsa ini lebih nekad dalam merealisasikan impiannya untuk menyarung jersi Malayan Tigress.
Advertisement
Selepas penampilan sulung di New York pada 4 Jun hasil kolaborasi Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Dutch Lions, pemain berusia 18 tahun itu terus mendapat kepercayaan jurulatih untuk membarisi kesebelasan utama NYDL dalam baki kempen liga musim panas bola sepak wanita paling besar di dunia itu
Untuk rekod, saingan itu telah memasuki edisi ke 27 tahun kali ini dengan penglibatan hampir 150 jumlah pasukan.
Di sebalik label kelab pembangunan, New York Dutch Lions FC menjadi medan di mana impian diuji dan jati diri dibentuk. Menerusi perjalanan para atlet, termasuk pemain Malaysia Marissa Aleya, kita menyaksikan proses pertumbuhan, pengorbanan dan keberanian untuk terus percaya pada diri sendiri.
Siri dokumentari ini disiarkan di Astro Arena 801, Astro Arena 2 802, Arena Bola 803, dan Arena Bola 2 804, dan juga tersedia secara digital di TikTok Astro Arena, di mana penonton boleh menonton ke semua 6 episod dalam senarai NYDL: THIS IS OUR TIME.
Melalui suara pemain dan jurulatih, siri ini merakamkan perjalanan selama sebulan yang penuh dengan cabaran, perkembangan, tekanan dan penemuan diri, menunjukkan bagaimana para pemain berkembang bukan sahaja sebagai atlet, tetapi juga sebagai individu.