Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Aduan FIFA berjaya! Negara ke-21 dunia dapat kelonggaran

Iran

Amerika Syarikat (AS) melonggarkan sekatan ke atas perjalanan skuad Iran dalam Piala Dunia 2026 apabila membenarkan mereka memasuki negara itu dua hari sebelum perlawanan kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS.

Pasukan Iran sebelum ini hanya dibenarkan memasuki AS sehari sebelum perlawanan, satu langkah yang menyebabkan jurulatih itu mengatakan Iran adalah "pasukan paling tertindas dalam seluruh Piala Dunia."

"Untuk perlawanan ketiga pasukan Iran di Seattle pada 26 Jun, pasukan itu dibenarkan masuk ke AS dua hari sebelum perlawanan," kata wakil.

"Gergasi Asia itu masih dikehendaki meninggalkan AS pada hari perlawanan tamat. Langkah keselamatan dan protokol keseluruhan adalah sama.

"Kami tetap komited untuk menyediakan kejohanan yang paling selamat untuk pemain, kakitangan dan peminat."

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan skuad kebangsaan itu tidak segera memberi respons terhadap kenyataan tersebut.

Pasukan ranking ke-21 dunia itu minggu lalu menyatakan niat untuk membuat aduan kepada FIFA mengenai sekatan perjalanan yang dihadapi susulan ketegangan yang tinggi antara Washington dan Tehran disebabkan konflik global hampir empat bulan.

Pada bulan Mac, Presiden AS, Donald Trump, berkata walaupun Iran dialu-alukan untuk menyertai kejohanan itu, dia percaya adalah tidak wajar mereka kekal di sana, malah perlu berulang-alik dari Mexico.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video