Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Permainan kami dibunuh, kata ketua jurulatih Penang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Piala Malaysia

KUCHING 2 PENANG 1 
(Kuching mara dengan agregat 2-1)

Ketua jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, nyata terkilan dengan kekalahan 1-2 secara agregat kepada seteru Liga Super, Kuching City, sebentar tadi.

Advertisement

Skuad Harimau Kumbang hadir dengan kelebihan tipis 1-0 tapi bekalan daripada jaringan Douglas Couthino itu dipadamkan tuan rumah di Stadium Sarawak menerusi masa kecederaan separuh masa pertama.

Gol Kuching terhasil apabila Penang kehilangan bola dari kawasan tengah, manakala tiada kekasaran ke atas Limbikani Mzava yang kehilangan bola sebelum disudahkan oleh Gabriel Nistelrooy.

Jaringan kedua pula terhasil -- beberapa saat selepas sepak mula -- berikutan kesilapan pertahanan yang membenarkan Ronald Ngah Wanja melepaskan rembatan.

Ia secara tidak langsung meleburkan hasrat Penang untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia.

"Tidak banyak yang boleh saya ulas tapi permainan kami dibunuh.

"Itu sahaja yang boleh katakan, permainan kami dibunuh," katanya.


Sementar itu, DPMM mengekalkan kelebihan pertemuan pertama untuk menyingkirkan Kelantan Red Warriors (KRW) dengan agregat 3-1.

 

May be an image of map and text

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video