Croatia enggan mengibarkan bendera putih apabila belum berputus asa merebut slot ke pusingan seterusnya selepas meraih kemenangan berharga dalam perlawanan kedua Kumpulan L Piala Dunia 2026 di Toronto, sebentar tadi.
Negara ke-13 dunia itu tewas 2-4 dalam aksi pertama kepada England, namun bangkit mengatasi Panama untuk meraih tiga mata penuh, sekali gus masih berpeluang ke peringkat kalah mati dengan penentuan menjelang perlawanan terakhir kumpulan Ahad ini.
πππ ππππ ππ πππ πππππππ ππππ πͺ
Luka ModriΔ receives a standing ovation after being substituted in his 200th appearance for his country π
Dominik LivakoviΔ makes some impressive saves and keeps a clean sheet π§€π§Ό pic.twitter.com/GL1sXXGPxPβ 433 (@433) June 24, 2026
Ante Budimir menjadi wira Croatia mencipta kemenangan penting itu dengan bekas bintang Real Madrid, Luka Modric, merekodkan penampilan ke-200, antara pemain dunia yang memiliki kaps tertinggi untuk pasukan masing-masing.
Naib juara 2018 itu akan menentang Ghana bagi mengetahui nasib sebenar pada Ahad ini.