Daripada gelanggang tempatan ke pentas antarabangsa, siapa sangka impian sebuah pasukan kerdil dalam arena sukan elektronik (e-sukan), Selangor Red Giants (SRG), kini mencetuskan fenomena sejak menjalinkan kerjasama bersama rangkaian telekomunikasi strategik terkemuka dalam negara iaitu CelcomDigi.
Pada awalnya SRG ditubuhkan pada 2023 dengan nama Yoodo Red Giants - Yoodo merupakan brand dibawah Celcom- menjadi pasukan e-sukan pertama buat pasukan Selangor yang penuh sejarah dalam kancah bola sepak Malaysia sebelum dijenamakan semula pada Ogos 2024 sebagai Selangor Red Giants. Meskipun Yoodo ditutup, CelcomDigi terus memberikan komitmen penuh bersama Selangor Red Giants bagi meneruskan jalinan kerjasama dengan memberikan sokongan penuh bukan sahaja daripada aspek rangkaian dan jaringan, malah komited bersama pasukan ketika Selangor Red Giants ketika beraksi dan dalam memberikan sokongan moral dan dorongan sehingga ke hari ini.
Advertisement
Sokongan serta kerjasama strategik CelcomDigi bersama Selangor Red Giants tidak dapat dinafikan sejak hari pertama lagi sehingga pasukan dari Lembah Klang itu mula bersaing dan mendominasi saingan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia.
Sehingga ke hari ini jalinan kerjasama Selangor bersama CelcomDigi telah melakar kejutan demi kejutan bermula dengan menjadi pasukan pertama di Malaysia yang menjuarai MPL Malaysia dalam empat musim berturut-turut serta memegang rekod 107 hari tanpa kalah.
Tidak terhenti di situ, Selangor Red Giants terus mencipta sejarah bersama CelcomDigi apabila membawa pulang hadiah lumayan bernilai $1,000,000 (RM4.67 Juta) ketika menjadi wakil pertama dari Malaysia yang merangkul kejuaraan Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang 2024 di Riyadh, Arab Saudi sekali gus menamatkan kemarau tujuh tahun negara.
Malah, anak buah Michael Angelo Bocado atau lebih dikenali sebagai Arcadia yang dibarisi Mark Genzon Rusiana 'Kramm', Hazziq Danish 'Stormie', John Vincent Banal 'Innocent', Mark Genzon Rusiana 'Kramm', Muhammadn Qayyum Ariffin Suhari 'Yums' dan Muhammaf Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman 'Sekys' itu turut bergelar naib juara MSC bagi edisi 2025.
Kejayaan SRG di pentas global ternyata membuka mata dunia bahawa Malaysia mampu melahirkan sebuah pasukan yang mampu bersaing di rantau Asia Pasifik sehingga menarik kerjasama strategik bersama jaguh e-sukan terkemuka Eropah, OG Esports sehingga wujudnya gabungan 'SRG.OG Esports' dalam saingan MPLMY musim ke-16 bagi memperkukuhkan kedua-dua jenama dalam landskap e-sukan menjadi lebih kompetitif.
Hari ini, selepas Selangor Red Giants mengesahkan kejayaan mara ke pusingan kalah mati Kejohanan Dunia MLBB M7, perjalanan wakil negara bersama CelcomDigi akan meneruskan cabaran dalam misi memburu kejuaraan juara dunia bertaraf M buat kali pertama di Jakarta, Indonesia.
Dalam pada itu, penyokong Selangor Red Giants berpeluang menjadi saksi perjalanan Selangor Red Giants memburu kejuaraan di Kejohanan Dunia M7 bersama CelcomDigi yang menawarkan perantaun 5G tanpa had selain memberikan liputan merangkumi 82 negara dengan hanya satu pass termasuk Indonesia yang disokong sepenuhnya oleh rakan rangkaian CelcomDigi.
Selain pengaktifan mudah menerusi aplikasi CelcomDigi tanpa perlu melakukan penukaran SIM ataupun membeli SIM baru, rangkaian CelcomDigi sesuai buat penyokong SRG yang bakal hadir di Jakarta untuk menyaksikan Kejohanan Dunia M7 agar terus kekal berhubung, berkongsi momen menarik selain mengikuti perjalanan wakil negara itu secara langsung.