Skip to main content

E-Sukan

Kejohanan Dunia M7: Selangor Red Giants mara ke final upper bracket dalam kemenangan dramatik di Jakarta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

SRG

Wakil tunggal Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) negara, Selangor Red Giants (SRG) terpaksa bekerja keras dalam aksi mendebarkan sebelum mara pentas final upper bracket, dalam Kejohanan Dunia MLBB M7 di Jakarta, Indonesia, sebentar tadi.

Mereka menewaskan wakil Turkiye, Aurora Gaming 3-2 dalam perlawanan dengan format best of 5 itu.

Advertisement

Kemenangan SRG jelas tidak mudah selepas tewas dalam Perlawanan 1 selepas tewas tipis 12-16 selepas damage yang tinggi daripada pasukan lawan, namun pasukan dari Lembah Klang itu Kembali membuktikan kredibiliti apabila bangkit dalam Perlawanan 2 dengan kemenangan 19-13 untuk mengikat kedudukan 1-1.

Begitupun, strategi Aurora dalam Perlawanan 3 membuahkan hasil apabila mudah menewaskan SRG 1-15 yang terkesima dan bergelut untuk pasukan lawan mendahului 2-1.

 

 

 

Namun, EXP Laner SRG dari Filipina, Mark Rusiana atau dikenali sebagai KRAMM memacu skuad Gergasi Merah bangkit sekali lagi dalam Perlawanan 4 untuk kedudukan terikat 4-4 dan ke set penentuan.

Dalam perlawanan penentuan, kedua-dua pasukan lebih berhati-hati dalam merencanakan serangan dengan pertahanan pasukan lawan yang lebih berdisiplin, namun serangan yang dirancang saat akhir membuahkan hasil buat wakil negara menoktahkan perlawanan dengan kemenangan  19-11 sekali gus mara ke final upper bracket esok.

Untuk rekod, SRG merupakan wakil pertama dari Malaysia mara ke final upper bracket.

Must Watch Video