Skip to main content

Bola Sepak

UM-Damansara United dapat bantuan pemain Senegal hadapi Piala Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

UM

Terengganu akan melayani kunjungan Universiti Malaya (UM)-Damansara United menjelang perlawanan timbal balik kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Jumaat ini.

Penyerang utama UM-Damansara United , Thankgod Michael Oghwiche, berharap satu keajaiban berlaku buat dia dan rakan sepasukannya untuk melakar kebangkitan di tempat lawan.

Advertisement

Pemain kelahiran Nigeria itu mencari gol sulung dalam kejohanan tersebut sambil meletakkan harapan tinggi untuk memecah kebuntuan membantu kelab Liga A1 Semi-Pro untuk memperoleh kejayaan.

"Terengganu adalah pasukan yang bagus. Kami masih mempunyai peluang pada aksi kedua.

"Saya berharap dapat melakukan sesuatu dalam tempoh 90 minit," katanya.

Sementara itu, kelab amatur itu juga diperkuat pertahanan import baru, Khalifa Ababakar, yang berasal dari Senegal untuk mengisi slot import ditinggalkan pemain warisan Malaysia-England-Gambia, Anuar Ceesay.

Dia sudah pun bersama dengan pasukan sejak dua minggu lalu untuk sesi percubaan berharap dia dapat membalas kepercayaan serta merta.

Khalifa Ababakar juga ingin membawa semangat juara dari negara kelahirannya, Senegal, yang menjadi juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) baru-baru ini, sekali gus meletak sasaran bermain bersama skuad kebangsaan suatu hari nanti.

"Saya sangat gembira dapat bermain untuk pasukan ini. Saya hadir bagi membantu merealisasikan impian kelab ini.

"Saya berbangga menjadi salah seorang rakyat yang memenangi kejuaraan Afrika.

"Suatu hari nanti, saya akan bermain untuk Senegal," katanya.

Must Watch Video