Petarung muay thai negara, Rifdean Masdor, membalas kenyataan yang dilontarkan petarung Indonesia, KKSam.
Sebaik menewaskan petarung Indonesia, Muhammad Redho 'Rocky', secara knock out (KO) dalam pusingan pertama acara ONE Friday Fights 138 di Stadium Lumpinee, Bangkok pada Jumaat lalu, juara dunia tiga kali itu dihujani pelbagai cabaran daripada petarung negara berkenaan.
Advertisement
Antara yang mencuri tumpuan ialah cabaran dari KKSam, yang mahu buat Rifdean tertiarap dan meniarap jika mereka bertemu.
Rifdean, dalam satu kiriman video malam tadi, membalas kenyataan itu dengan berkata: "KKSam, tak usah banyak berbicara, sudah lah, kami bertarung di Byon sahaja.
"Soalnya kamu sudah ada kontrak di Byon. Kamu banyak cakap itu-ini, itu ini, bukan dapat main di luar pun.
"Jadi kamu duduk diam, berlatih dan lawan di Byon. Tak perlu bahas sana sini tapi tak berani keluar kandang, tak berani lawan di luar.
"Cakap banyak, tiada guna, bukan boleh lawan di luar, hm!"
Video:
@mohdrifdean_masdor ciss apa kau ni#fyp #rifdeanmasdor ♬ original sound - rifdean