Skip to main content

Bola Sepak

Jurulatih Senegal digantung, Maghribi hantar aduan kepada CAF, FIFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

AFCON

Bola sepak Afrika terus bergolak?

Selepas kontroversi perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) baru-baru ini, satu penanda aras baharu kejohanan serantau itu akan diperkenalkan bagi mengelakkan sebarang insiden sama berulang?

Advertisement

Namun, kesan daripada aksi final itu lebih mendalam. Ada yang dikenakan hukuman, ada yang dibiarkan dengan sengaja menutup mata, dan ada yang disiasat.

Akibat mendesak Senegal untuk meninggalkan padang sebelum wisel penamat dibunyikan, jurulatihnya, Pape Thiaw, digantung serta merta oleh Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF). Ia, termasuk sesi sidang media yang panas antara dirinya dan pihak wartawan tempatan.

Juara AFCON itu berpotensi menghadapi Piala Dunia 2026 tanpa khidmat Thiaw pada pertengahan tahun ini.

Dalam masa sama, Persekutuan Bolasepak Diraja Maghribi menyeru supaya sekatan dikenakan terhadap Senegal.

Menurut sumber, badan induk itu sedang memulakan prosiding undang-undang dengan CAF dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menjatuhkan hukuman kepada Senegal.

Dakwaan tersebut disebabkan pertikaian keputusan penalti serta tiada semangat kesukanan yang dipamerkan Senegal mengundang kepada tuan rumah untuk menghantar bantahan rasmi. 

Must Watch Video