Skip to main content

Bola Sepak

UEFA perkenal harga tiket 'rahmah' bagi aksi final

UEFA perkenal harga tiket 'rahmah' bagi aksi final

Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengumumkan harga tiket bagi final Liga Juara-Juara edisi 2026 bermula serendah EURO70 (RM360) untuk kategori paling murah.

Harga tersebut ditetapkan di bawah kategori khas 'Fans First', yang diperkenalkan bagi memastikan penyokong kedua-dua pasukan finalis masih berpeluang menyaksikan perlawanan pada harga lebih mampu milik.

Advertisement

Secara keseluruhan, harga tiket rasmi bagi perlawanan akhir itu dijangka berada dalam lingkungan EURO70 hingga sekitar EURO700 ke atas, bergantung kepada kategori tempat duduk dan lokasi di stadium.

Bagi kategori premium, harga boleh meningkat jauh lebih tinggi, dengan beberapa pakej hospitaliti mencecah ribuan euro, sekali gus mencerminkan permintaan tinggi terhadap perlawanan terbesar kelab Eropah itu.

Final edisi 2026 dijadual berlangsung pada 30 Mei di Budapest, Hungary, dan dijangka terus menarik perhatian global sebagai antara acara sukan tahunan paling besar di dunia.

Langkah UEFA menetapkan harga serendah EURO70 dilihat sebagai usaha berterusan badan itu untuk menyeimbangkan antara komersial dan akses penyokong, selepas sebelum ini sering menerima kritikan berhubung harga tiket yang tinggi.

Must Watch Video