Skip to main content

Bola Sepak

Politik bukan asing dalam Piala Dunia, kata pengasas Men in Blazers

Politik bukan asing dalam Piala Dunia, kata Bennett

Pengasas rangkaian media Men in Blazers, Roger Bennett, menegaskan bahawa unsur politik bukan sesuatu yang asing dalam Piala Dunia FIFA, malah sudah lama menjadi sebahagian daripada naratif kejohanan tersebut.

Menurut Bennett, Piala Dunia bukan sekadar perlawanan bola sepak, sebaliknya menjadi pentas di mana sejarah, budaya dan konflik sesebuah negara turut 'turun ke padang' bersama pemain.

Advertisement

Dia menjelaskan, setiap kali dua pasukan bertemu, ia bukan hanya soal sukan, tetapi juga melibatkan identiti nasional serta latar belakang politik yang membentuk perjalanan mereka.

Kenyataan itu dibuat menjelang edisi 2026 yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico -- kejohanan terbesar dalam sejarah dengan penyertaan 48 pasukan.

Dalam masa sama, Bennett turut menyentuh ketegangan geopolitik semasa, termasuk kemungkinan penyertaan Iran yang masih menjadi tanda tanya susulan konflik melibatkan negara itu.

Namun, Bennett berkata situasi seumpama itu bukan perkara baharu. Sebagai contoh, beliau mengimbau aksi antara Amerika Syarikat dan Iran pada Piala Dunia 1998 di Perancis yang sarat dengan simbolik politik susulan ketegangan antara kedua-dua negara ketika itu.

Bennett turut berpandangan bahawa kebimbangan berkaitan isu keselamatan dan politik sering menghantui setiap edisi Piala Dunia, namun kebanyakan kejohanan akhirnya tetap berjaya dianjurkan dengan baik.

“Piala Dunia sentiasa menjadi cerminan dunia di sekelilingnya,” jelasnya, sambil menambah bahawa elemen tersebut menjadikan kejohanan itu lebih daripada sekadar sukan semata-mata.

Sementara itu, beliau menjangkakan pasukan Eropah seperti Sepanyol dan Perancis akan menjadi pencabar utama bagi edisi 2026, selain England yang terus konsisten, manakala Norway dilihat sebagai pencabar ‘underdog’. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video