Skip to main content

Bola Sepak

'Bayangkan bantu negara layak ke Piala Dunia, tapi pemain baru tukar kewarganegaraan...'

iiv

Rata-rata penyokong bola sepak Ivory Coast menimbulkan persoalan susulan ketiadaan pemain pilihan mereka dalam 26 senarai akhir pemain yang akan ke Piala Dunia 2026.

Antara pemain bintang yang membantu Ivory Coast layak ke Piala Dunia tetapi tidak berada dalam 26 pemain yang disenaraikan oleh jurulatih, Emerse Fae, kali ini adalah Sebastien Haller dan Karim Konate.

Sebaliknya, Ivory Coast memilih nama Ange-Yoan Bonny, yang baru menyelesaikan penukaran kewarganegaraan daripada kerakyatan Perancis ke Ivory Coast minggu lalu ke dalam skuad Piala Dunia mereka.

 

 

 

Malah, penyerang Inter Milan, Elye Wahi, turut disenaraikan meskipun turut baru menukar kewarganegaraan awal tahun lalu dan baru meraih satu kap pada Mac lalu.

Ivory Coast layak ke kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu secara automatik selepas mengungguli saingan kelayakan peringkat kumpulan zon Afrika.

Untuk rekod, Ivory Coast diundi dalam Kumpulan E bersama Ecuador, Jerman dan Curacao.

Must Watch Video