Skip to main content

Bola Sepak

Sejurus pemain kata mahu tinggalkan pasukan, peminat terus bakar jersi

Alvarez

Penyerang Argentina, Julian Alvarez, berkata bahawa dia mahu meninggalkan Atletico Madrid untuk "memenuhi impiannya" susulan terdapat laporan minat daripada Real Madrid, Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG).

"Saya bercakap dengan Atletico mengenainya dan perkara terbaik untuk semua orang ialah merealisasikan perpindahan ini dan saya mahu memenuhi impian saya," katanya selepas kemenangan kedua Argentina dalam Kumpulan J Piala Dunia 2026 ke atas Austria.

"Bukan masanya untuk bercakap tentang perkara ini, tetapi saya juga tidak boleh menyembunyikannya.

Beberapa minggu sebelumnya, Atletico menolak tawaran daripada Real Madrid untuk penyerang berusia 26 tahun itu. Media Sepanyol dan Argentina juga melaporkan minat terhadap khidmat pemain itu daripada Barcelona dan PSG.

Alvarez yang menyertai kelab LaLiga itu dari Manchester City pada tahun 2024 berkata masa depannya masih belum diputuskan.

Terdahulu, Alvarez baru pulih daripada kecederaan buku lali dan masuk sebagai pemain gantian dalam kedua-dua perlawanan Argentina dalam Piala Dunia 2026 setakat ini.

Tular satu video di media sosial menyaksikan seorang peminat tegar membakar jersi Atletico Madrid berserta nama Alvarez lalu memijaknya sebagai tanda protes.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video