Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Belum tewas lagi! Sejarah gila negara ke-63 semakin memukau

Verde

Satu lagi keputusan mengejutkan buat Cape Verde.

Usai mengikat juara Euro 2024, Sepanyol, 0-0 pasukan ranking ke-63 dunia itu sekali lagi mencipta sensasi apabila melakar kebangkitan untuk mengimbangi perlawanan bertemu Uruguay dengan keputusan akhir 2-2 sebentar tadi.

Selaku pasukan pilihan, Uruguay gagal meraih tiga mata penuh meskipun menguasai keseluruhan permainan, namun hanya dua jaringan berjaya dihasilkan walaupun memiliki 16 percubaan.

Sebagai negara kali pertama beraksi dalam Piala Dunia, Cape Verde terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Kevin Pina pada minit ke-21 dengan sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Ia, menjadi gol pertama The Blue Sharks dalam sejarah penyertaan kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Skuad kendalian Marcelo Bielsa kemudiannya pantas membalas serangan dan berjaya menewaskan sensasi penjaga gol veteran Cape Verde, Josimar Jose Evora Dias, atau dikenali Vozinha untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Agustin Canobbio menyumbat gol kedua buat Uruguay sebelum tamat separuh masa pertama.

Cape Verde yang terus menampilkan persembahan bertenaga berulang kali menggugat dislipin pertahanan Uruguay, namun tidak berjaya membuahkan hasil.

Wira Cape Verde, Helio Varela, yang masuk selaku pemain gantian menjadi watak utama kebangkitan pasukan itu meraih satu mata kedua dalam edisi kali ini.

Dengan status belum tewas, Cape Verde memburu keputusan positif bertemu Arab Saudi pada perlawanan terakhir Kumpulan H. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video