Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Lagi kontroversi! Dakwa FIFA berat sebelah, pertikai kemenangan Argentina

Messi

Peminat mula mempersoal beberapa keputusan pengadil dalam dua perlawanan melibatkan juara bertahan, Argentina.

Malah, ketua jurulatih Austria, Ralf Ragnick, turut mempertikai gol pembukaan Argentina yang mengalahkan pasukannya 0-2 dalam aksi kedua Kumpulan J awal pagi tadi.

Media sosial juga dibanjiri komen terhadap prestasi pengadil serta mengecam kekasaran oleh beberapa tonggak negara nombor satu dunia itu. 

Di sebalik keputusan itu, bekas pengendali Manchester United itu mengakui kehebatan jaringan Lionel Messi selepas menyaksikan pasukannya tewas 2-0 di Dallas tetapi mempersoal sama ada gol pertama Argentina sepatutnya dibenarkan atau tidak untuk dijaringkan.

Messi, yang akan berusia 39 tahun minggu ini, menjaringkan dua gol untuk juara dunia Lionel Scaloni, yang pertama datang pada minit ke-38 manakala gol penentu dijaringkan pada masa kecederaan untuk memberikan kekalahan pertama Austria dalam fasa kumpulan.

"Kami tahu dia berada pada tahapnya sendiri dan Lionel Messi menunjukkan dia antara yang terbaik, atau yang terbaik.

"Bagi gol pertama, saya berharap pegawai keempat melakukan perkara yang sama seperti ketika situasi penalti.

"Dia sepatutnya melihat semula insiden itu dan menyaksikan apa yang semua orang lihat iaitu kekasaran ke atas Xaver Schlager.

"Ia menjengkelkan. Bagaimanapun, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan pasukan saya dan saya bersetuju dengan cara mereka bermain hari ini."

Dua gol Messi telah meletakkannya sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia dengan 18 gol dan Rangnick mengakui bahawa pasukannya tidak dapat berbuat banyak untuk mengekang bekas pemain Barcelona itu selama 90 minit.

Terdahulu, Algeria telah menghantar aduan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung prestasi buruk pengadil perlawanan yang menjadi penyebab kekalahan besar 0-3 kepada Argentina.

Pengadil dari Poland, Szymon Marciniak, dituduh berat sebelah atas kegagalan menghukum ketua pasukan skuad Albiceleste itu yang memijak betis Aissa Mandi.

Pemain tengah skuad kendalian Lionel Scaloni, Alexis Mac Allister, turut terlepas hukuman kerana menyiku Ibrahim Masa dalam separuh masa kedua aksi Kumpulan J di Kansas City itu.

Aduan serupa juga dilakukan ke atas pasukan video bantuan pengadil (VAR) yang diketuai rakan senegaranya, Tomasz Kwiatkowski.

 

Anda mungkin berminat dengan

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video