Skip to main content

Badminton

Baoji China Masters: Zi Yu-Noraqilah Maisarah bergelar naib juara

Ziyu noraqilah

Beregu muda negara, Low Zi Yu-Boraqilah Maisarah Ramdan, bergelar juara Kejohanan Badminton Baoji China Masters apabila tewas kepada gandingan Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi, dalam aksi final di Baoji City Gymnasium sebentar tadi.

Turun selaku pilihan keempat, beregu negara itu begelut pada awal set pertama hingga pada satu ketika ketinggalan 15-8.

Meskipun cuba bangkit pada penghujung saingan, mereka terpaksa akur dengan kekalahan 13-21.

Aksi lebih kemas dipamerkan Zi Yu-Noraqilah Maisarah dalam set kedua tetapi tidak pernah dapat memintas lawan sebelum akhirnya tewas 17-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 32 minit.

 

Must Watch Video