Skip to main content

Bola Sepak

Arif Aiman dikaitkan dengan juara K-League?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Arif Aiman

Penyerang Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi, kini sedang hangat dikaitkan untuk menyertai kelab juara Liga Korea Selatan (K-League 1), Jeonbuk Hyundai Motors.

Ini selepas sebuah laman sosial gosip sukan Korea Selatan, Add-ontime, mendakwa telah berlaku perbincangan lisan di antara kedua-dua pihak.

Advertisement

Sebagai rekod, Arif Aiman kini masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan berikutan kecederaan hamstring yang dialaminya pada November lalu.

 

Must Watch Video