Skip to main content

Bola Sepak

Tahukah anda? Bekas jurulatih Harimau Malaya watak utama kejuaraan Senegal dalam AFCON

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Claude

"Ketidakadilan wujud dalam bola sepak, tetapi meninggalkan padang bukan jawapan.

Bekas jurulatih Harimau Malaya, Claude Le Roy, menjadi watak utama Senegal dinobat selaku juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) di Stadium Prince Moulay Abdellah baru-baru ini.

Advertisement

Ia, selepas pengendali kelahiran Perancis itu bertindak menasihati bekas bintang Liverpool, Sadio Mane, untuk memanggil semula para pemain memasuki padang sebelum wisel penamat tambahan masa dibunyikan.

Terdahulu, jurulatihnya, Pape Thiaw, menyeru semua tonggak meninggalkan padang ekoran keputusan kontroversi pengadil, namun hanya Mane seorang sahaja yang tidak berbuat demikian.

Sejurus penalti daripada pemain Real Madrid, Brahim Diaz, dinafikan, permainan kembali seimbang, sekali gus menyaksikan Pape Gueye merembat deras menewaskan penjaga gol, Yassine Bouno, untuk merangkul kejuaraan buat Senegal.

Le Roy mengemudi skuad kebangsaan Malaysia bermula 1992 hingga 1995. Dia kemudiannya meletakkan jawatan susulan kegagalan membawa skuad negara layak ke Sukan Olimpik 1996.   

Must Watch Video