Skip to main content

Bola Sepak

Ini kedudukan terkini ranking dunia Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Harimau malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kemas kini media sosial sebentar tadi, mengumumkan bahawa ranking skuad kebangsaan kekal di tangga ke-121 dunia.

Ia menyaksikan tiada sebarang perubahan kedudukan berlaku sejak kemas kini terakhir pada 22 Disember lalu.

Advertisement

Ia menyaksikan Malaysia menjadi pasukan ketiga terbaik peringkat Asia Tenggara menjelang kemas kini seterusnya pada 1 April depan.

Thailand, dalam pada itu, kekal menjadi pasukan ASEAN di ranking terbaik dengan menduduki tangga ke-96, disusuli Vietnam di tangga ke-108.

Indonesia pula kekal di tangga ke-122, satu anak tangga di bawah Malaysia.

 

 

Must Watch Video