Man Wei Chong tidak gugup untuk kembali ke gandingan asal bersama Tee Kai Wun bagi menghadapi Kejohanan Badminton Dunia di New Delhi, meskipun sudah bertukar-tukar pasangan dan turun dalam strategi pecah ganding dalam tiga kejohanan sebelum ini.
Jelasnya, pertukaran tersebut tidak menjejaskan momentumnya untuk memburu kemenangan di pentas berprestij badminton kali ini.
"Selepas tukar gandingan, saya perlu tengok sasaran lebih jauh.
"Dengan kejohanan sebesar ini, saya mahu menampilkan aksi terbaik," katanya.
Mengambil kira faktor gelanggang yang berpotensi diganggu najis burung dan isu haiwan liar yang berkeliaran, Wei Chong sudah bersedia berdepan sebarang kemungkinan yang bakal dihadapi.
Gandingan asal Man-Tee menerima laluan percuma dalam pusingan pertama dan hanya akan memulakan cabaran dalam pusingan kedua menentang pemenang di antara Chen Zhi Yi-Presley Smith ataupun Dev Ayyappan-Dhiren Ayyappan.
"Ia kami juga perlu bertanggungjawab ke atas diri sendiri.
"Walaupun (situasi ini) masih OK untuk saya, tapi saya tetap perlu berhati-hati," katanya.