Skip to main content

Bola Sepak

Piala Hyundai ASEAN: Kakak Pavithran tegur peminat Harimau Malaya supaya...

Pavi

"Sokong pemain, kritik persembahan jika perlu, tetapi jangan sesekali menyerang mereka kerana bangsa mereka.

Kakak kepada bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Pavithran Gunalan, menyeru penyokong supaya menghentikan serangan perkauman dan fokus terhadap memberi sokongan terhadap pemain dan pasukan kebangsaan.

Hantaran ahli keluarga tonggak Harimau Malaya itu di Threads jelas kecewa dengan segelintir peminat yang cuba membangkitkan isu perkauman.

"Apa yang mengecewakan bukanlah bola sepak -- tetapi perkauman yang ditunjukkan oleh sesetengah orang dalam talian.

"Bangsa seseorang pemain tidak menentukan cinta, komitmen atau pengorbanannya untuk Malaysia," kata pengguna s.ratna_7 itu.

 

Jaringan tunggal pemain berusia 21 tahun itu menghadiahkan kemenangan berharga buat skuad kebangsaan dalam perlawanan penting Kumpulan B Piala Hyundai ASEAN di Cheras, Kuala Lumpur (KL) Sabtu lalu.

Malaysia memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri menewaskan Filipina 1-0 untuk mengakhiri saingan Kumpulan B di tempat kedua untuk bergelar naib juara di belakang Thailand, sekali gus mara ke separuh akhir.

Pavithran merupakan satu-satunya tonggak Malaysia merangkul dua anugerah peribadi dalam kempen edisi kali ini sewaktu bertemu Laos dan Filipina.

Prospek masa depan negara itu dinobatkan selaku Hyundai Player of the Match tatkala wisel penamat dibunyikan, selain memiliki satu jaringan ketika ini.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video