Akademi Bola Sepak Manchester City mengumumkan salah seorang pemainnya telah dipanggil oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mewakili skuad bola sepak bawah 15 tahun (B-15) wanita negara dalam Festival Piala Dunia FIFA.
Perkara itu turut dikongsi oleh laman pencari bakat oleh Harimau Abroad di X.
Shakira Pucher merupakan pemain berdarah warisan Malaysia-Austria menerusi pertalian ayahnya yang dilahirkan di Austria.
🇦🇪 Manchester City Football Schools announced Shakira Pucher has been called up by Malayan Tigress U-15 for the 2027 FIFA U-15 World Cup & Festival. https://t.co/89lhgk2gyf
— Harimau Abroad 🇲🇾 (@HarimauAbroad) November 23, 2026
Dia dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) dan berusia 13 tahun ketika ini.
Kini Shakira Pucher menetap di Abu Dhabi, Emriah Arab Bersatu (UAE), dan sedang beraksi mewakili Akademi Manchester City.
Sebelum ini, Shakira pernah bermain di Malaysia dalam Liga Puteri FAM bersama Akademi Tunas Wanita Selangor.