Skip to main content

Permotoran

F1: Apa jadi? Hubungan Lewis Hamilton-Ferrari berantakan?

Lewis
Advertisement

Prinsipal Ferrari, Fred Vasseur, menyatakan bahawa perlanggaran antara Charles Leclerc dengan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton, pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Las Vegas Sabtu lalu adalah perkara yang tidak boleh diterima.

Insiden itu berlaku beberapa minggu selepas kedua-dua pemandu Ferrari tersebut terlibat dalam perlanggaran pada perlumbaan di Mexico City, yang mencetuskan perbincangan dalam pasukan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Advertisement

Vasseur berkata perlanggaran terbaharu ini amat mengecewakan memandangkan Ferrari telah membincangkan isu tersebut dengan kedua-dua pemandu selepas perlumbaan di Mexico, dan sekali lagi di Brazil.

Malah, Hamilton bersuara mengenai hal tersebut bagi mengelakkan sebarang spekulasi berlebihan berterbangan.

Advertisement

Katanya, dia tidak pernah menginginkan untuk menjadi pemandu nombor satu Ferrari. tetapi menuntut sokongan adil dan penuh terhadapnya bagi mencabar kedudukan dan kejuaraan musim 2026.

"Saya benar-benar tidak pernah memintanya.

"Saya pernah mendahului Leclerc dengan kelebihan 40 mata dan persaingan saya dan wakil Mercedes, Kimi Antonelli, menghampiri satu sama lain.

"Saya adalah pencabar paling hampir dengannya.

"Saya berada di tempat kedua untuk tempoh yang lama musim ini dan ketika itu, saya memerlukan sokongan pasukan bagi memastikan kami dapat menewaskan Kimi," kata juara dunia tujuh kali itu.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video