Bintang berdarah campuran negara, Dion Cools, dilaporkan mendapat perhatian sebuah kelab di Eropah.
Menurut sumber, FK Qarabag difahamkan berminat untuk menandatangani khidmat tonggak Harimau Malaya itu, namun tiada pengesahan rasmi setakat ini.
Untuk rekod, Untuk rekod, FK Qarabag merupakan kelab paling berjaya dalam sejarah Liga Azerbaijan dengan 12 kejuaraan liga.
Ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana berdasarkan rekod, Cools pernah menganggotai beberapa kelab Eropah, antaranya Club Brugge (Belgium), Midtjylland (Denmark) dan Jablonec (Czechia).
Pertahanan warisan Malaysia-Belgium itu juga pernah bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sewaktu bersama Club Brugge dan Midtjylland.
Ketika ini, dia masih beraksi untuk Cerezo Osaka di Jepun.