Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Sensasi Bergson pastikan kemenangan JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Bergson

Bergson da Silva masuk sebagai pemain gantian sebelum merencanakan kemenangan 3-0 Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas kelab Myanmar, Shan United, dalam perlawanan Kumpulan B, Kejohanan Kelab ASEAN, ACC Shopee Cup, di Iskandar Puteri sebentar tadi.

Selepas terikat 2-2 dengan kelab Laos, PKR Svay Rieng, dalam aksi terakhir awal bulan lalu, Harimau Selatan perlu memastikan kemenangan dalam pertemuan kali ini untuk membuka ruang ke separuh akhir.

Advertisement

Bagaimanapun, kepulangan tiga pemain warisan, iaitu Hector Hevel, Jon Irazabal dan Joao Figueiredo, masih belum mampu untuk membantu mereka memecahkan kebuntuan sepanjang 45 minit pertama.

Begitu pun, kemasukan penyerang sensasi, Bergson, pada minit ke-59, jelas mengubah keadaan itu, di mana dia segara mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Hasilnya, Oscar Arribas, berhasil menanduk masuk gol pembukaan pada minit ke-66 sebelum Bergson menggandakan kelebihan itu berselang seminit menerusi penyudah serong kaki kirinya selepas menerima lorongan gemilang Figueiredo.

Bergson kemudian hanya memerlukan empat minit untuk menambah satu lagi gol, kali ini menerusi tandukan selepas menerima lintangan daripada sepakan penjuru Hevel.

Dengan kemenangan itu, JDT buat seketika berada di tangga teratas Kumpulan B dengan 10 mata daripada empat perlawnaan menjelang dua lagi perlawanan lain malam ini.

 

Must Watch Video