Skip to main content

Sukan Lain

UFC 266: Volkanovski rekod kemenangan ke-10, pertahan gelaran featherweight

volkanovski.jpg
Alex Volkanovski mempertahankan gelaran featherweight selepas mengatasi Brian Ortega dalam salah satu pertarungan paling dramatik tahun ini dalam UFC 266.

Volkanovski berjaya memastikan dia mengekalkan kejuaraan dalam pertembungan dengan Ortega di Las Vegas, di mana juara dari Australia itu menang menerusi keputusan sebulat suara (49-46, 50-45, 50-44). 

Ortega (15-2) hampir mendapatkan kemenangan selepas dia melakukan dua percubaan untuk mengunci gerakan Volkanovski di T-Mobile Arena.

Tetapo Volkanovski (23-1) membalas kritikan terhadapnya, sekaligus meraih kemenangan ke-10 berturut-turut dalam UFC.

"Semua yang meragui, saya telah membuktikannya berulang kali," kata Volkanovski. 

"Sudah tiba masa untuk anda menghormati kemampuan saya."
 

Dalam saingan wanita, Valentina Shevchenko melengkapkan kemenangan untuk mempertahankan gelaran buat kali keenam selepas mengatasi Lauren Murphy.

Shevchenko (21-4) menumbangkan lawan di pusingan keempat dalam pertembungan kategori flyweight.

Related Topics

Must Watch Video