Malaysia menundukkan Hong Kong 2-0 dalam play-off tempat kelima dan lapan zon Asia/Ocean, Kejohanan Tenis Piala Billie Jean King 2-0, hari ini.
Pemain perseorangan wanita, Lim Sze Xuan, memulakan langkah positif dengan mengalahkan Shen Hannah Kaile 6-2, 6-2 di Pusat Tenis Kebangsaan.
Walaupun pihak lawan cuba melancarkan perang psikologi dalam set pertama, namun ia tidak melunturkan rentak Sze Xuan hingga tamat perlawanan.
"Kami pernah bertemu dalam ITF, Mac lalu, tetapi tidak mampu mengatasinya.
"Apa pun, saya cuba memberikan aksi sebenar demi mengatasinya.
"Saya rasa sudah beraksi bagus pada hari ini jadi saya berasa gembira," katanya.
Perseorangan kedua pula tampil lebih sengit memandangkan kedua-duanya menjadi tumpuan kejohanan iaitu Shihomi Leong dan Che Sin Yu.
Tetapi Shihomi mempamerkan keupayaan terbaiknya untuk memastikan kemenangan mutlak negara 6-3, 6-3.
"Saya agak gemuruh dan tidak memulakan awal set pertama dengan bagus tapi masih mampu mengalahkannya.
"Pembukaan set kedua agak sengit tetapi saya berasa tuah mengiringi untuk menyudahkannya," katanya pula.