Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Raja Afrika elak diaib pasukan ke-87 dunia

maghribi

Juara Afrika, Maghribi, hampir diaibkan pasukan di ranking ke-87 dunia, Haiti, sebelum bangkit mencatatkan kemenangan 4-2 dalam aksi terakhir Kumpulan C, Piala Dunia 2026 di Stadium Atlanta sebentar tadi.

Haiti mengejutkan pasukan di ranking keenam dunia itu apabila memaksa penjaga gol, Yassine Bounou, terjaring gol ke gawang sendiri seawal minit ke-10.

Bagaimanapun, ketua pasukan, Achraf Hakimi, menyamakan kedudukan buat Maghribi, yang disahkan oleh semakan video bantuan pengadil (VAR), pada minit ke-40.

Namun, Maghribi membuktikan mengapa mereka layak beraksi di pentas Piala Dunia apabila sekali lagi berada di depan pada minit ke-43, kali ini menerusi penyudah Wilson Isidor.

Ketika Haiti kelihatan akan membawa kelebihan satu gol ke bilik persalinan, Ismael Saibari memastikan namanya sekali lagi tercatat sebagai penjaring gol Maghribi untuk kembali mengikat kedudukan 2-2.

Kedua pasukan beraksi seimbang dalam babak kedua tetapi pemain gantian, Soufiane Rahimi, meletakkan Maghribi di depan buat kali pertama sepanjang 78 minit permainan dengan menyudahkan umpanan Chadi Riad.

Seorang lagi pemain gantian, Gessime Yassine, kemudian melengkapkan kemenangan Maghribi dengan jaringannya yang disahkan VAR pada penghujung permainan.

Dengan kemenangan itu, Magribi akan mengiringi Brazil ke pusingan kedua selaku naib juara kumpulan.

 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video