Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Masih samba! Vini pastikan Brazil juara kumpulan singkir Scotland

vini neymar

Brazil melangkah ke pusingan kedua Piala Dunia 2026 selaku juara Kumpulan C apabila membenam Scotland 3-0 di Stadium Miami sebentar tadi.

Tonggak Real Madrid, Vinicius Junior, muncul pemain paling cemerlang menghasilkan jaringan berganda dalam babak pertama manakala bintang Manchester United, Matheus Cunha, pula melengkapkan keputusan itu dalam babak berikutnya.

Brazil memperoleh gol seawal minit keenam apabila Rayan memanfaatkan kesilapan pertahanan Haiti untuk menampan bola ke arah Vinicius, yang kemudian mudah memperdayakan penjaga gol, Angus Gunn.

Sebelum ke bilik persalinan, skuad Samba itu menambah satu lagi gol, juga menerusi Vinicius, kali ini dengan menanduk masuk bola daripada lambungan gemilang Bruno Guimarães.

Guimarães kemudian menunjukkan kawalan bola baik di depan gawang sebelum menolak bola untuk disudahkan Cunha pada minit ke-60.

Perlawanan kali ini juga menyaksikan bintang veteran Brazil, Neymar, turun beraksi buat kali pertama dengan menggantikan Cunha pada minit ke-75.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video