Lewis Hamilton berkata ia akan menjadi "saat terhebat" jika dia dapat membantu Mercedes kembali ke puncak pada musim terakhirnya bersama pasukan itu.
Juara tujuh kali itu akan berpindah ke Ferrari pada 2025, menamatkan hubungan paling berjaya antara pemandu dan pasukan dalam sejarah F1.
Semasa Mercedes melancarkan kereta baharu mereka, Hamilton berkata: "Saya rasa paling bermotivasi dan ini adalah fokus terbaik yang pernah saya alami.
"Saya tidak pernah terfikir pada ketika ini dalam hidup saya, saya akan mengalami situasi seperti sekarang."
Gelaran terakhir Hamilton ialah pada 2020, dan dia tetap berazam untuk membetulkan apa yang dia anggap sebagai ketidakadilan yang berlaku di Abu Dhabi 2021, apabila dia tewas sekaligus gagal raih gelaran kelapan selepas pengarah perlumbaan gagal melaksanakan peraturan dengan betul.
Pemain berusia 39 tahun itu, yang menyertai Mercedes pada 2013, berkata: "Untuk menamatkan saingan dengan pasukan adalah satu impian. Kami telah melalui pelbagai masalah bersama-sama. Ia akan menjadi saat terbaik untuk dapat membantu mereka kembali ke atas."