SUKMA
SUKMA 2024: Muskan Majid optimis sumbang emas buat kontinjen Wilayah Persekutuan
Tiada istilah pemain import dalam saingan Sukan Malaysia (Sukma) tetapi DNA seorang pemain berdarah kacukan mampu mencipta perbezaan dalam pasukan.
Mungkin itu yang dipersetujui barisan kejurulatihan bola sepak wanita Wilayah Persekutuan yang tidak ketinggalan dalam membentuk skuad terbaik sejak awal tahun lagi.
Bagi penyerang berdarah kacukan Pakistan, Muskan Abdul Majid, walaupun Sukma hanya akan bermula kurang 3 minggu lagi, dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal sejak awal lagi.
Iklan
KONTINJEN WILAYAH PERSEKUTUAN PASTI JUARA!Hadir merasmikan Logo Baharu Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA Ke-21 Sarawak 2024 pada hari ini.Sempena temasya SUKMA pada tahun ini, seramai 705 orang atlet telah disenarai… pic.twitter.com/BEK8G1bDkF— Dr Zaliha Mustafa (@DrZalihaMustafa) July 17, 2024
Muskan turut beraksi dalam Liga Wanita Nasional (LWN) untuk skuad Red Eagles.
Tetap dia tetap fokus memberikan komitmen bersama skuad Wilayah Persekutuan dan mengakui sukar untuk dia membahagikan masa, khususnya melibatkan hari perlawanan Red Eagles.
"Bermula latihan dengan pasukan sejak Januari, dan dapat memasuki pasukan hingga sekarang. Jadi saya rasa sudah cukup untuk meraih pingat emas.
"Kami anggap sebagai cabaran untuk pasukan menghadapi perlawanan nanti, kita tetap akan cuba berikan saingan kepada mereka walau bagaimanapun.
"Jika perlawanan Kedah dan Sukma punya latihan sehari punya perlawanan LWN, saya akan tetap cuba beraksi. Susah bahagi masa tapi kini banyak fokus pada Sukma dan dalam pusingan kedua nanti saya akan fokus pada LWN." katanya kepada Nadi Arena.
Must-Watch Video