Berbaki 51 hari menuju tirai pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, lawatan rasmi sekretariat temasya ke beberapa lokasi kejohanan giat dijalankan selama dua hari bermula hari ini.
Menerusi pemantauan khusus di daerah Shah Alam dan Klang bagi beberapa venue sukan termasuk bola keranjang, hoki serta ragbi, kerja-kerja penambahbaikan serta persiapan fasiliti buat kesemua atlet berjalan sempurna mengikut perancangan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Yazid Sairi, menyifatkan keselesaan atlet serta kelancaran acara terus menjadi keutamaan sekali gus dia mengharapkan tiada sebarang permasalahan saat akhir berlaku.
Untuk rekod, temasya SUKMA Selangor yang merupakan edisi ke-22 itu akan bermula pada 15 hingga 24 Ogos 2026, manakala Para SUKMA dijadualkan bermula 5 hingga 14 September 2026.
"Untuk tempoh dua hari ini kami adakan lawatan untuk lokasi yang akan menganjurkan acara sukan yang akan dipertandingkan, untuk persiapan bagi penginapan rasmi amat baik.
"Dijangkakan pada Julai nanti semua akan siap dipergunakan, ia melebihi jangkaan kami di pihak sekretariat. Semua di landasan terbaik, sebelum SUKMA sepenuh akan siap sepenuhnya dan digunakan." katanya.