Skip to main content

Ragbi

SSR: Izzuwan seru MRSM Balik Pulau pamer disiplin tinggi, waspada ancaman Victoria Institution

aassa

Perlawanan separuh akhir Super Schools Rugby (SSR) menyaksikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau akan berentap bersama Victoria Instituition (VI) di Stadium UITM, Shah Alam, Sabtu ini. 

Ketua jurulatih MRSM Balik Pulau, Mohd Izzuwan Ahmad Sukri, mengakui pasukannya melakukan beberapa 'unforced error' ketika aksi suku akhir menentang Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) sekali gus membuka ruang kepada lawan menguasai permainan. 

Justeru penambahbaikan terhadap sistem pertahanan, corak permainan dan kerjasama berpasukan menjadi fokus utama menjelang pertemuan penting kali ini. 

"Untuk lawan VI ini ada beberapa keutamaan terutamanya aspek teknikal, ketika berdepan STAR sebelum ini kami banyak buat unforced error hingga STAR mendominasi aksi itu. 

"Selain itu saya tekankan kepada pemain perlu lebih berdisiplin, sabar dan bermain secara berpasukan. Di Malaysia ini VI pakar, bukan mudah tetapi kami akan cuba sehabis baik Sabtu ini," katanya. 

Dia menjangkakan VI akan cuba memanfaatkan kelebihan fizikal terutama di bahagian serangan selain memiliki beberapa pemain berkualiti untuk menjadi penggerak permainan nanti. 

Namun, kekuatan sebenar MRSP Balik Pulau menurutnya terletak pada semangat juang tinggi, disiplin serta kesatuan pasukan yang membantu mereka muncul juara edisi lalu dan penghuni pentas separuh akhir selama tiga edisi berturut-turut. 

"Kami pasukan biasa sahaja sepanjang tiga tahun dalam edidi SSR, kami sudah tiga kali berturut-turut lolos ke separuh akhir. Saya selalu tekankan semangat juang dan disiplin lebih-lebih lagi berdepan VI yang serba lengkap." tambahnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video