Skip to main content

Golf

Kejohanan Golf Siri Remaja 100PLUS MGA NJDP medan pelapis negara serlah potensi

ssa

Penganjuran kali pertama Siri Remaja 100PLUS MGA NJDP memiliki sensasi tersendiri khususnya melibatkan pembangunan sukan golf negara. 

Pengerusi MGA NJDP, Fauzi Mesran, mendedahkan ini adalah hasrat tertunggak yang akhirnya berjaya di tunaikan menerusi Siri Golf Remaja yang menampilkan tiga pusingan kelayakan diikuti grand final. 

Lebih menarik lagi, sistem merit juga digunapakai bagi pemilihan 30 pemain remaja yang akan di serapkan ke dalam Program Elit NJDP tahun hadapan. 

Sebanyak empat lokasi bakal digunakan termasuk kelab Golf Permaipura dan The Mines bermula Julai hingga Oktober ini. 

"Impian saya sejak mengambil alih jawatan ini adalah untuk mengadakan siri NJDP itu sendiri. Terima kasih kepada 100PLUS kerana menjadikan ia realiti." katanya. 

Selain itu, siri ini juga berfungsi sebagai kelayakan Kejohanan Terbuka Antarabangsa Remaja Malaysia yang akan berlangsung pada November depan. 

"Empat ciri-ciri akan jadi batu loncatan, kami akan beri mata merit buat mereka dipilih beraksi di Kejohanan Terbuka Antarabangsa Remaja Malaysia di Johor. Ia bukan sahaja siri biasa, tetapi platform." tambah Presiden MGA, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Kerjasama bersama 100PLUS buat pertama kali juga menjadikan penganjuran siri pertama ini cukup istimewa, khusus dalam usaha mencipta peluang pembangunan sukan golf di kalangan remaja dalam negara.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video